Kejar mengejar masa, tanpa
disedari bulan puasa dah masuk hari ke 10, kumpul koloni kelulut hari hari kian
bertambah. Niat mahu mula proses permindahan koloni yang telah terkumpul, kotak
kotak pula belum disiapkan lagi. Nak di proses koloni koloni, itu lah yang jadi
masalahnya, maklumlah bulan puasa, fikir fikir staf nampak kurang bersemangat,
soal lapar tiada jadi masalah, kepanasan dan dahaga tak berapa dapat bertahan.
Kayu untuk membina kotak
bukan perkara sukar untuk diperolehi, cuma, niat mahu jimat sejimatnya,
mengelak dari membeli di stor kayu yang belum tentu kayu kayu yang di beli
sudah diawet bahan bahan kimia yang akan mendatangkan kesan pada madu nanti.
Walaupun ini hanya teori, tetapi kami anggap nya akan betul betul terjadi,
daripada menyesal depan hari, lebih terbaik berhati hati, sebabnya merupakan
makanan wajip terjamin keselamatannya.
Kermungkinan para para
perternak lebah kelulut tiada memikirkan pemilihan kayu kayu untuk membina
kotak, kerbanyakkan mereka membeli kayu kayu di stor stor kayu atau di kilang
kilang kayu tanpa mengambil kira jenis kayu dan tanpa mengetahui kayu kayu yang
di beli telah di awet bahan bahan kimia percegahan anai anai. Kami mengikut
fikiran logic serta teori kami, setelah kajian kami secara terperinci, pokok
spesis apa yang digemari lebah kelulut membina koloni serta nectar pokok spesis
manakah yang lebah kelulut sentiasa kumpulkan untuk membina propolis atau
pendinding kota.
Aspek ini lah yang menjadi
factor utama kami memilih spesis kayu untuk membina kotak lebah kelulut. Koloni
kelulut, biasa di temui di pokok rambutan, durian, nangka, rambai, manggis,
gajus, kundang, akasia , serai buah, berangan, merbau, jering serta pokok yang
berlubang lubang. Kerbiasaan lebah kelulut membina koloni paling tinggi 10 kaki
dari aras pangkal.
Kami sediakan kayu dari 3
spesis, kayu serai buah, akasia dan durian, hanya bertujuan mengekalkan aroma ,
serasian dan kermungkinan juga dapat mengekalkan habitat asal lebah kelulut
bersarang di kotak yang dibina daripada kayu kayu yang sentiasa lebah kelulut
membina koloni. Ini hanya satu percubaan awal, tujuannya utama mahukan
perjimatan kos membina kotak dan kotak kotak akan bertahan lama daripada mudah
reput dengan dedahan cuaca yang tak menentu.
Berukuran 9 inci tinggi, 10
inci lebar dan 12 inci panjang bagi satu kotak, teknik atur satu persatu.
Teknik kepopong pulak atau teknik gantung ukurannya hampir sama dan satu teknik
pula batang kayu asal ( koloni di kayu asal ) kotak di letak diatas permukuan
kayu koloni lebah kelulut, teknik yang paling mudah tanpa memindah koloni ke
dalan kotak.
Rekaan kotak teknik ternakan
di telah di usahakan di Negara jiran, salah satu teknik yang terbaik, madu
lebah kelulut dapat di sedut tanpa menganggu anak anak lebah kelulut. Slot perbahagian
antara anak anak di antara madu di bina didalam kotak ini, satu ciptaan terbaru
proses penyedupan madu setiap kali di lakukan tanpa menjejaskan habitat lebah
kelulut.
Sekiranya kotak kotak
diperbuat daripada kayu kayu yang telah diawet dengan bahan bahan kimia, kotak
kotak ini di pula di letak dilokasi terdedah pada cuaca panas dan hujan , maka
ianya akan mengrangkap haba di dalam keseluruhan kotak, madu serta propolis
akan menyerap udara bercampur bahan bahan ini, lama kelamaan ianya akan terhasil
madu dan propolis beracun.
Walaupun ini tiada dikaji
secara kerseluruhan, tetapi kami memulainya dengan langkah berhati hati sebelum
perkara yang tiada di ingini berlaku. Ini adalah kali pertama kami hasilkan
kotak kotak buatan sendiri, ada para para pengusaha ternakan lebah kelulut,
menempah kotak kotak dari kilang kilang perabut. Kotak kotak ini di tempah
dengan anggaran harga berbeza dari RM30.00 hingga RM50.00 sebuah , tanpa
menyelidiki jenis kayu dan adalah kayu tersebut tiada di awet.
Saya boleh dikatakan
beruntung, partner saya mempunyai bengkel senikraf dan para para staf
gold-forest R&D Gaharu semuanya pandai bertukang. Satu kelebihan ini lah
membuat saya semakin bertekad, tahun ini ternakkan lebah kelulut akan berjalan
lancar seperti yang dirancangkan. Jika dikira keluasan tapak ternakkan
sementara ini, cuma 6 ekar telah diperuntukan dengan tagged 200 koloni di ternak
secara berperingkat, sekiranya keluasan tapak ini agak sempit.
Masih ada 12 ekar lokasi
telah dikenalpasti untuk project ternakkan lebah kelulut, boleh dikatakan
project ternakan lebah kelulut secara ladang secara berselerak, jumlah tapak 12
ekar jaraknya jauh. Kotak koloni ini akan di tempatkan di tapak ternakan di
dusun dokong, durian, rambutan, duku, ladang kelapa sawit, tembikau, dan
dipinggiran bendang padi. Dari planning saya, cuma 1 minggu masa telah
diperuntukan menyiapkan 100 buah kotak dan minggu kedua, proses pemindahan
koloni lebah kelulut akan dilakukan, penghujung bulan april ternakan lebah
kelulut bermula. Insyaallah.. TQ.