Artikel Madu Pak Kelulut
Madu
Propolis
Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada
pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi
kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi,
tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek. Madu propolis kaya dengan antibiotik
flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit. Terdapat
2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati
di Brazil
Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah
yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya
dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak
seperti sarang lebah biasa di atas pokok) Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya
manis bercampur sedikit masam.
Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap
sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada
sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari
Malaysia dan Indonesia. Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan
tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan
merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau
kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang
putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang
paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit
(sehingga beberapa ratus gram sahaja).
Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah
mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya
lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai
bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia. Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan
lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan
secara segar dan biasanya disejukkan.
Mengenal Madu Asli dan Palsu
Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati
penjual madu di jalanan. Pada hakikatnya, madu palsu memang
wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah
jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada
di pasaran adalah madu palsu
Bagi mereka yang yakin akan khasiat
madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk
mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara
kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan
boleh memudaratkan badan. Jadi, pengetahuan dan pengalaman
dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula,
anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan
kualitinya.
- Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah
semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan
kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air
disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
- Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan
manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi
gula pemanis akan dimakan semut.
- Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa
dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur
dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
- Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk
alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau
madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus
pengalirannya.
- Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly
oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly
biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang
memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan).
Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah
mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa
disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal
jelly tidak sesuai dijual di jalanan.
- Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk
mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar
raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR®
(untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
- Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan
sendirinya. Cara ini seumpama lagenda
kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli.
Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif
yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh
‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan
segar!
- Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan
palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen
mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja.
Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.
Madu asli tidak dihurung semut adalah sama sekali TIDAK BENAR.
BalasPadam