Membuang daun kelapa
mengunakan pisau raut, di potong
sepanjang 1 kaki, lalu menghampiri tiang cenggal rumah pusaka. Tiang cenggal
yang mempunyai penunggu bertahun mendiami tanpa di ganggu oleh sebarang makluk,
bila sahaja waktu siang, para para penghuni ini terlalu sibuk dengan rutin
hariannya. Para para penghuninya mula memberontak, kerana diganggu, mula hinggap
di rambut, mengigit tangan, semasa lidi di masukkan dalam lubang sarangnya, lidi di
keluarkan, lalu di masuk ke mulut .. memang sedap, manis dan masam rasanya. Itu
lah kerenah kami semasa usia kanak kanak, pantang terjumpa koloni kelulut lalu
di masukan lidi bagi merasai keenakan madu kelulut.
Saya bergitu aktif , gemar
dan sentiasa berada di pinggiran hutan bagi menjalankan kerja rutin harian
sebagai Inokulan ( merawat pokok gaharu liar ) yang di tumbuh di ladang getah,
kebun buahan di lokasi kawasan kampong dan pinggiran hutan. Seringkali saya
temui koloni koloni kelulut, di pokok pokok, di pangkal tunggul , pada batang pokok yang telah tunbang dan pokok
yang baru ditebang oleh para para penebang kayu hutan. Disini lah timbulnya
pertanyaan pada diri sendiri, bolehkah kelulut di ternak secara komersil..?
Sebagai pengiat Inokulan
pokok gaharu, saya akan menziarahi dari daerah ke satu daerah sepanjang tahun ,
sentiasa menjelajahi seluruh negeri di Malaysia
dan kadangkala ke Negara jiran, bila ada urusan berkaitan urusniaga
gaharu. Saya terdedah awal dengan
pernemuan , tentang madu dan propolis yang dihasilkan oleh kelulut merupakan raja
segala ubat, cuma pada awalnya tiada pengetahuan khusus bagaimana mahu
memulakan ternakan spesis ini, lagipun awalnya, nama nama sainstifiknya saya tiada ketahui.
Saya luangkan masa
mencari bahan bahan berkaitan kelulut di website, diblog blog yang terdapat di
internet sebagai sumber asas. Terkejut pada awalnya, kelulut mempunyai family yang
amat besar d kelompok family lebah madu, laporan mengata kelulut mempunyai 33
spesis.. betul ker bengitu..? Maaf saya menyangkal pendapat ini, kalau di kira
genus trigona ini di seluruh dunia, jumlahnya lebih dari 33 spesis, sekiranya
di indonesia sahaja terdapat 20 spesis, jika di campur di seluruh Negara, tentu
jumlahnya tiada dapat dikira secara tepat.
Bagi pendapat saya, saya
tiada terlewat memulakan project ternakan kelulut secara komersil, perternak
dimalaysia masih lagi berkurangan jika dibandingkan dengan Negara Negara lain,
yang telah mendahului menjalankan kajian serta ternakan spesis kelulut. Saya
bertuah mengenali salah seorang , yang boleh dikata pakar di dalam ternakan
ini, sedia memberi bantuan dan tunjuk ajar, cara bagaimana teknik pemindahan
koloni ke dalam kotak ternakan.
Bidang Ternakan kelulut
masih baru di Malaysia, para para pertenak masih lagi tiada mengenal secara
tepat nama nama spesis trigona yang mereka ternak, Bagi mareka, apa nama tiada
dipedulikan, janji yang mereka ternak adalah kelulut, bagi memperolehi hasil
dari madu dan propolis, tagged mereka asal urusniaga membekalkan produk dari trigona
berjalan lancar. Walaupun tiada mengenal nama nama kelulut, sekurang kurangnya,
industry ini terus berkembang dengan adanya galakan, bantuan moral, dedahan
bengkel asas ternak di anjurkan oleh badan berkenaan. TQ.
Saya sendiri tak pandai kenal pasti nama spesies kelulut, tapi yang pasti setiap spesies (dalam 31 spesies yang ada di Malaysia) menghasilkan madu dan propolis yang berlainan. Warna madu, warna propolis, kemasaman madu, kwalitas propolis
BalasPadamdan serombong masuk sarang pun berlainan. Pening kepala saya nak kenal pasti. Dah tu ada yang kata unifloral(bunga satu jenis) honey dan multifloral (bunga campuran) honey pulak....mengah! Harap2 ada pihak tertentu yang boleh bantu kami dari segi pengenalan supaya dapat piawaian mutu dan harga madu2 dan propolis yang berlainan. Ada spesies yang kecil dan madunya sikit, macam mana nak jual harga sama dgn spesies yang besar? Bantai campur aduk semua saja kot!