Rabu, 1 Ogos 2012

Kotak Koloni Pak Kelulut


Kejar mengejar masa, tanpa disedari bulan puasa dah masuk hari ke 10, kumpul koloni kelulut hari hari kian bertambah. Niat mahu mula proses permindahan koloni yang telah terkumpul, kotak kotak pula belum disiapkan lagi. Nak di proses koloni koloni, itu lah yang jadi masalahnya, maklumlah bulan puasa, fikir fikir staf nampak kurang bersemangat, soal lapar tiada jadi masalah, kepanasan dan dahaga tak berapa dapat bertahan.
Kayu untuk membina kotak bukan perkara sukar untuk diperolehi, cuma, niat mahu jimat sejimatnya, mengelak dari membeli di stor kayu yang belum tentu kayu kayu yang di beli sudah diawet bahan bahan kimia yang akan mendatangkan kesan pada madu nanti. Walaupun ini hanya teori, tetapi kami anggap nya akan betul betul terjadi, daripada menyesal depan hari, lebih terbaik berhati hati, sebabnya merupakan makanan wajip terjamin keselamatannya.

Kermungkinan para para perternak lebah kelulut tiada memikirkan pemilihan kayu kayu untuk membina kotak, kerbanyakkan mereka membeli kayu kayu di stor stor kayu atau di kilang kilang kayu tanpa mengambil kira jenis kayu dan tanpa mengetahui kayu kayu yang di beli telah di awet bahan bahan kimia percegahan anai anai. Kami mengikut fikiran logic serta teori kami, setelah kajian kami secara terperinci, pokok spesis apa yang digemari lebah kelulut membina koloni serta nectar pokok spesis manakah yang lebah kelulut sentiasa kumpulkan untuk membina propolis atau pendinding kota.
 Aspek ini lah yang menjadi factor utama kami memilih spesis kayu untuk membina kotak lebah kelulut. Koloni kelulut, biasa di temui di pokok rambutan, durian, nangka, rambai, manggis, gajus, kundang, akasia , serai buah, berangan, merbau, jering serta pokok yang berlubang lubang. Kerbiasaan lebah kelulut membina koloni paling tinggi 10 kaki dari aras pangkal.

Kami sediakan kayu dari 3 spesis, kayu serai buah, akasia dan durian, hanya bertujuan mengekalkan aroma , serasian dan kermungkinan juga dapat mengekalkan habitat asal lebah kelulut bersarang di kotak yang dibina daripada kayu kayu yang sentiasa lebah kelulut membina koloni. Ini hanya satu percubaan awal, tujuannya utama mahukan perjimatan kos membina kotak dan kotak kotak akan bertahan lama daripada mudah reput dengan dedahan cuaca yang tak menentu.
 Berukuran 9 inci tinggi, 10 inci lebar dan 12 inci panjang bagi satu kotak, teknik atur satu persatu. Teknik kepopong pulak atau teknik gantung ukurannya hampir sama dan satu teknik pula batang kayu asal ( koloni di kayu asal ) kotak di letak diatas permukuan kayu koloni lebah kelulut, teknik yang paling mudah tanpa memindah koloni ke dalan kotak.

Rekaan kotak teknik ternakan di telah di usahakan di Negara jiran, salah satu teknik yang terbaik, madu lebah kelulut dapat di sedut tanpa menganggu anak anak lebah kelulut. Slot perbahagian antara anak anak di antara madu di bina didalam kotak ini, satu ciptaan terbaru proses penyedupan madu setiap kali di lakukan tanpa menjejaskan habitat lebah kelulut.
Sekiranya kotak kotak diperbuat daripada kayu kayu yang telah diawet dengan bahan bahan kimia, kotak kotak ini di pula di letak dilokasi terdedah pada cuaca panas dan hujan , maka ianya akan mengrangkap haba di dalam keseluruhan kotak, madu serta propolis akan menyerap udara bercampur bahan bahan ini, lama kelamaan ianya akan terhasil madu dan propolis beracun.

Walaupun ini tiada dikaji secara kerseluruhan, tetapi kami memulainya dengan langkah berhati hati sebelum perkara yang tiada di ingini berlaku. Ini adalah kali pertama kami hasilkan kotak kotak buatan sendiri, ada para para pengusaha ternakan lebah kelulut, menempah kotak kotak dari kilang kilang perabut. Kotak kotak ini di tempah dengan anggaran harga berbeza dari RM30.00 hingga RM50.00 sebuah , tanpa menyelidiki jenis kayu dan adalah kayu tersebut tiada di awet.
Saya boleh dikatakan beruntung, partner saya mempunyai bengkel senikraf dan para para staf gold-forest R&D Gaharu semuanya pandai bertukang. Satu kelebihan ini lah membuat saya semakin bertekad, tahun ini ternakkan lebah kelulut akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Jika dikira keluasan tapak ternakkan sementara ini, cuma 6 ekar telah diperuntukan dengan tagged 200 koloni di ternak secara berperingkat, sekiranya keluasan tapak ini agak sempit.
Masih ada 12 ekar lokasi telah dikenalpasti untuk project ternakkan lebah kelulut, boleh dikatakan project ternakan lebah kelulut secara ladang secara berselerak, jumlah tapak 12 ekar jaraknya jauh. Kotak koloni ini akan di tempatkan di tapak ternakan di dusun dokong, durian, rambutan, duku, ladang kelapa sawit, tembikau, dan dipinggiran bendang padi. Dari planning saya, cuma 1 minggu masa telah diperuntukan menyiapkan 100 buah kotak dan minggu kedua, proses pemindahan koloni lebah kelulut akan dilakukan, penghujung bulan april ternakan lebah kelulut bermula. Insyaallah.. TQ.

Jumaat, 27 Julai 2012

Koloni pak kelulut.


Membuang daun kelapa mengunakan pisau raut,  di potong sepanjang 1 kaki, lalu menghampiri tiang cenggal rumah pusaka. Tiang cenggal yang mempunyai penunggu bertahun mendiami tanpa di ganggu oleh sebarang makluk, bila sahaja waktu siang, para para penghuni ini terlalu sibuk dengan rutin hariannya. Para para penghuninya mula memberontak, kerana diganggu, mula hinggap di rambut, mengigit tangan, semasa lidi  di masukkan dalam lubang sarangnya, lidi di keluarkan, lalu di masuk ke mulut .. memang sedap, manis dan masam rasanya. Itu lah kerenah kami semasa usia kanak kanak, pantang terjumpa koloni kelulut lalu di masukan lidi bagi merasai keenakan madu kelulut.
Saya bergitu aktif , gemar dan sentiasa berada di pinggiran hutan bagi menjalankan kerja rutin harian sebagai Inokulan ( merawat pokok gaharu liar ) yang di tumbuh di ladang getah, kebun buahan di lokasi kawasan kampong dan pinggiran hutan. Seringkali saya temui koloni koloni kelulut, di pokok pokok, di pangkal tunggul ,  pada batang pokok yang telah tunbang dan pokok yang baru ditebang oleh para para penebang kayu hutan. Disini lah timbulnya pertanyaan pada diri sendiri, bolehkah kelulut di ternak secara komersil..?

Sebagai pengiat Inokulan pokok gaharu, saya akan menziarahi dari daerah ke satu daerah sepanjang tahun ,  sentiasa menjelajahi seluruh negeri di Malaysia dan kadangkala ke Negara jiran, bila ada urusan berkaitan urusniaga gaharu.  Saya terdedah awal dengan pernemuan , tentang madu dan propolis  yang dihasilkan oleh kelulut merupakan raja segala ubat, cuma pada awalnya tiada pengetahuan khusus bagaimana mahu memulakan ternakan spesis ini, lagipun awalnya,  nama nama sainstifiknya saya tiada ketahui.
Saya luangkan masa mencari bahan bahan berkaitan kelulut di website, diblog blog yang terdapat di internet sebagai sumber asas. Terkejut pada awalnya, kelulut mempunyai family yang amat besar d kelompok family lebah madu, laporan mengata kelulut mempunyai 33 spesis.. betul ker bengitu..? Maaf saya menyangkal pendapat ini, kalau di kira genus trigona ini di seluruh dunia, jumlahnya lebih dari 33 spesis, sekiranya di indonesia sahaja terdapat 20 spesis, jika di campur di seluruh Negara, tentu jumlahnya tiada dapat dikira secara tepat.
Bagi pendapat saya, saya tiada terlewat memulakan project ternakan kelulut secara komersil, perternak dimalaysia masih lagi berkurangan jika dibandingkan dengan Negara Negara lain, yang telah mendahului menjalankan kajian serta ternakan spesis kelulut. Saya bertuah mengenali salah seorang , yang boleh dikata pakar di dalam ternakan ini, sedia memberi bantuan dan tunjuk ajar, cara bagaimana teknik pemindahan koloni ke dalam kotak ternakan. 
Bidang Ternakan kelulut masih baru di Malaysia, para para pertenak masih lagi tiada mengenal secara tepat nama nama spesis trigona yang mereka ternak, Bagi mareka, apa nama tiada dipedulikan, janji yang mereka ternak adalah kelulut, bagi memperolehi hasil dari madu dan propolis, tagged mereka asal urusniaga membekalkan produk dari trigona berjalan lancar. Walaupun tiada mengenal nama nama kelulut, sekurang kurangnya, industry ini terus berkembang dengan adanya galakan, bantuan moral, dedahan bengkel asas ternak di anjurkan oleh badan berkenaan. TQ.

Sabtu, 21 Julai 2012

Artikel Madu Pak Kelulut

Madu Propolis

Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek. Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit. Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di  Brazil

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok) Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam.

Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).

Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia. Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.

 Mengenal Madu Asli dan Palsu

Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan. Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu

Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan. Jadi, pengetahuan dan pengalaman dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula, anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan kualitinya.

  • Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
  • Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.
  • Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
  • Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
  • Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.
  • Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
  • Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
  • Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.

Rabu, 18 Julai 2012

Artikel Pak Kelulut

JENIS LEBAH KELULUT 
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.
Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.  

CIRI-CIRI KHAS
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.
FIZIKAL LEBAH KELULUT
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

Kenali Lebah Kelulut @ Trigona
Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. ( Info  Syam Ghaz :-  Artikel Usahawan Kelantan )
  Info from Mardi Website.
Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun.  Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.  Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang. 
"Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.
"Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang," katanya. Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya. "Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim," katanya. 

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu.  Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.  "Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat," katanya. 
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut.  "Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. 

"Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah," katanya. Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.  Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga. 
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. 

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit. Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan

Isnin, 16 Julai 2012

Pak Kelulut


SEGALA yang diciptakan Allah sudah pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting berbanding serangga lain. 
Tidak hairan jika satu surah di dalam al-Quran dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: "Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia."

"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan." 

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.
Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan. 
Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat. 

Manakala lebah tidak menyengat atau kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan. 
Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.